Pada minggu ini, kami diarahkan untuk mengemaskini blog masing-masing untuk 10% daripada kursus ini.

Antara yang perlu ada di dalam blog ini adalah :

1. Page – ABOUT mengenai diri anda keluarga atau kumpulan

2. Weekly Posting atau mengikut Refleksi Projek – sekurang-kurangnya 7 refleksi/posting

3. Perkara 2 tadi perlu merangkumi sedikit sebanyak skrin capture atau contoh tugasan yang telah dilaksanakan. Posting telah dikategorikan kepada sekurang-kurangnya 3 kategori iaitu

(i) Kategori GE1155

(ii) bebas misalnya kategori keluarga dan kehidupan di kampus

(iii) ikut kreativiti dan minat anda

4. Links dan kategori Links.

Misalnya (i) Kategori link kepada blog rakan-rakan,

(ii) kategori berkaitan subjek atau program yang anda ikuti misalnya matematik, TESL dan sebagainya

(iii) lain-lain kategori yang anda minati misalnya Ilmu Perhutanan, Ilmu Keagamaan, dll.

This project is about Plagiarism, as we know its related with copyright and to steal and pass off the idea of words of another as one’s own. In my opinion, this topic is very important especially for university’s students who always involve in plagiarism eventually and in-eventually.

I have just a little ideas about plagiarism, so that i referred to some books to get the information about the plagiarism in Malaysia and other country. This project teach us how to collect information to make a simple notes and completed summary in order to give information to readers.

After doing this project i get more knowledge about plagiarism in types, how to avoid, risk of plagiarism and etc.


Dr.Rosseni ibu kami yang tersayang mengajar kami merangka dan membina satu power point yang berkaitan dengan kursus masing-masing sebagai langkah pertama dalam menyediakan bahan mengajar apabila bertugas kelak. Dr. menerangkan kepada kami ciri-ciri powerpoint yang berkesan dalam pengajaran kepada pelajara-pelajar yang kini semakin canggih di dalam dunia IT dan telekomunikasi.

Power point tidaklah begitu sukar buat saya kerana sebelum ini telah banyak kali melakukan pembentangan dengan menggunakan power point. Namun ada beberapa perkara yang merupakan perkara baru buat saya ialah memasukkan video di dalam power point dan membuat hyperlink di dalam slide show tersebut.

Kami turut belajar bagaimana untuk menyediakan power point yang menarik berdasarkan isi, gambar, video dan sebagaunya. Tugasan ini dapat disiapkan di dalam masa yang telah ditetapkan. Terima kasih Dr.!

ARCHIMEDES PRINCIPLE SLIDE

Sebagai seorang guru, kami perlu belajar cara-cara mengumpul data dan membentangkan data secara profesional. Inilah tujuan kami ditunjuk ajar oleh Cik Aidah bagaimana untuk membuat satu data yang tersusun dengan menggunakan microsoft Excel. Projek minggu ini benar-benar membantu kami dalam menguruskan sesuatu data dengan lebih efisien terutamanya untuk membentangkannya kepada pihak atasan kelak.

Sebelum ini, saya hanya tahu menggunakan Microsoft Excel secara basic sahaja. Tapi kini saya sudah pandai untuk menggunakan kemudahan dan aplikasi yang terdapat di dalam Excel tersebut. Satu pengajian yang menyeronokkan dan bermanfaat. Terima kasih Cik Aidah!

Selepas membuat critical review pada minggu lepas, kami sambung semula dengan membina satu brochure berkenaan dengan bagaimana untuk membuat critical review. Brochure ini perlu dibina secara kreatif. Untuk membina brochure ini, kami menggunakan ilmu dan pengalaman kami dalam membuat critical review pada minggu sebelumnya.

Projek ini juga dilakukan secara kumpulan. Kami seronok membuat projek ini kerana selain daripada mengulangkaji semula bagaimana untuk mengeluarkan kaedah membuat critical review dengan betul, kami turut mempelajari bagaimana untuk menggunakan microsoft publisher untuk membuat brochure.

Kami belajar membuat kritikal review bersama Cik Aidah.

Kritikal review merupakan pelajaran baru buat saya kerana saya tidak pernah membuat sebarang kritikal review merujuk kepada jurnal-jurnal terdahulu yang berkaitan dengan akademik. Projek ini dilakukan di dalam kumpulan. Kumpulan saya ialah diri saya sendiri, Fathin Amirah Lotfi dan Rossnany.

Kami membuat perbincangan untuk mengeluarkan satu kritikal review yang menepati format kritikal review yang sebenar. Tajuk jurnal yang kumpulan kami pilih ialah “Struggling with self-study:Schematic resonance and knowledge construction” yang dirujuk melalui jurnal yang ditulis oleh Jane Elizabeth Pizzolatto pada tahun 2009.

Kritikal review yang telah kami siapkan merangkumi 1)Introduction, 2) Body 3)Conclusion. Pengakhiran kritikal Review ini, kami catatkan apa yang kami dapat dan belajar melalui jurnal dan kritikal review in. Satu aktiviti yang mencabar untuk disiapkan dalam masa 2jam. Namun kami berjaya menyiapkannya. Alhamdulillah.

Berikut Kritikal Review yang telah kami siapkan :

SUBJECT

Salam,

Saya telah menyiapkan tugasan untuk minggu ke-4 iaitu pembinaan power point dalam pengajaran dan pembelajaran.=)

Terima Kasih.

Untuk lihat, Klik link di bawah ini.*^^*

ARCHIMEDES PRINCIPLE SLIDE